Friday, 2 October 2015


KENINGAU RECORDING STUDIO atau lebih dikenali sebagai KRS telah ditubuhkan pada tahun 2007 oleh  Daniel Frederick John @Oneal di daerah Keningau dan dimiliki secara persendirian. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pendidikan Muzik. Bidang muzik merupakan kerja sampingan yang beliau ada selain kerjaya sebagai seorang guru. Beliau mengajar sebagai guru mata pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau, Keningau.

Menurut beliau, antara sumbangan KRS ini kepada daerah Keningau :

·         Menyediakan perkhidmatan merakam dan menerbitkan lagu tempatan
·         Menyediakan perkhidmatan jamming band untuk warga keningau
·         Perkhidmatan penyewaan alat muzik/karaoke set dan  videographer
·         Pengadil nyanyian dan Beattle of the Band peringkat daerah dan negeri
·         Iklan keselamatan jalan raya unutk siaran radio Keningau FM

Selain itu, antara lagu-lagu yang biasa dirakam di studio ini ialah lagu-lagu tempatan seperti dusun, murut dan melayu. Manakala bagi lagu-lagu jabatan pula kebiasaannya daripada Jabatan Pendidikan, lagu-lagu sekolah dan Jabatan Kesihatan.
Antara kejayaan besar yang pernah di capai oleh studio ini ialah :
·         Mencipta lagu tema Sukan SAGA peringkat negeri di Keningau 2011
·         Mencipta lagu/muzik lagu-lagu RIMUP Perdana Jabatan Pendidikan Keningau utk Malaysian Book Of Record (Kebangsaan) pada 23/5/2015

Antara lagu popular yang pernah dirakamkan di studio ini?
·         Cintaku tertinggal di Keningau (Juara Carta lagu Kgau Fm) - Adam Saili
·         Duo-duo kito Tumoguang (Dusun) (Juara Carta lagu Kgau Fm) - Andong & Celia
·         Koposion  (Finalis Pertandingan lagu2 Kgau Fm 2012) - Oneal
·         Jangan Marah-marah -(Juara Carta lagu Kgau Fm) - Bettyvilla

Apakah  cabaran terbesar yang dihadapi oleh beliau dalam pengendalian studio ini? Antaranya, bajet yang besar utk pembelian instrument studio dan penyelenggaraan studio dan persaingan dengan studio lain.




No comments:

Post a Comment