KENINGAU RECORDING STUDIO atau lebih dikenali sebagai KRS telah
ditubuhkan pada tahun 2007 oleh Daniel Frederick John @Oneal di
daerah Keningau dan dimiliki secara persendirian. Beliau juga mempunyai Ijazah
Sarjana Muda dengan Kepujian Pendidikan Muzik. Bidang muzik merupakan kerja
sampingan yang beliau ada selain kerjaya sebagai seorang guru. Beliau mengajar
sebagai guru mata pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau,
Keningau.
Menurut beliau, antara sumbangan KRS ini kepada daerah Keningau :
· Menyediakan
perkhidmatan merakam dan menerbitkan lagu tempatan
· Menyediakan
perkhidmatan jamming band untuk warga keningau
· Perkhidmatan
penyewaan alat muzik/karaoke set dan videographer
· Pengadil
nyanyian dan Beattle of the Band peringkat daerah dan negeri
· Iklan
keselamatan jalan raya unutk siaran radio Keningau FM
Selain
itu, antara lagu-lagu yang biasa dirakam di studio ini ialah lagu-lagu tempatan seperti dusun, murut dan melayu. Manakala bagi
lagu-lagu jabatan pula kebiasaannya daripada Jabatan Pendidikan, lagu-lagu
sekolah dan Jabatan Kesihatan.
Antara kejayaan besar
yang pernah di capai oleh studio ini ialah :
· Mencipta
lagu tema Sukan SAGA peringkat negeri di Keningau 2011
· Mencipta
lagu/muzik lagu-lagu RIMUP Perdana Jabatan Pendidikan Keningau utk Malaysian
Book Of Record (Kebangsaan) pada 23/5/2015
Antara lagu popular yang pernah dirakamkan di studio ini?
· Cintaku
tertinggal di Keningau (Juara Carta lagu Kgau Fm) - Adam Saili
· Duo-duo
kito Tumoguang (Dusun) (Juara Carta lagu Kgau Fm) - Andong & Celia
· Koposion (Finalis
Pertandingan lagu2 Kgau Fm 2012) - Oneal
· Jangan
Marah-marah -(Juara Carta lagu Kgau Fm) - Bettyvilla
Apakah cabaran terbesar yang
dihadapi oleh beliau dalam pengendalian studio ini? Antaranya, bajet yang besar
utk pembelian instrument studio dan penyelenggaraan studio dan persaingan
dengan studio lain.